Tips Motivasi Diri

Posted: June 1, 2012 in Uncategorized

Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.

Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.

Tahu Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

Tetapkan Impian atau Matlamat.

Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini. 

Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini. 

Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Artikel Motivasi Diri

Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.

sumber : http://azizie.com

  1. MENJADI PELAJAR SEUMUR HIDUP (LIFE LONG LEARNER AND ETHICAL AND INTEGRATIVE THINKER)
    • Membaca mesti menjadi amalan budaya hidup guru-guru dan prasyarat kepada pemilikan minda kelas pertama
    • Guru wajib berminat dengan ilmu pengetahuan kerana ledakan ilmu hari ini pesat.
  1. KUAT BERUASAHA DAN SANGAT BERKEBOLEHAN (DILIGENT AND CAPABLE PERFORMER)
    • Kejayaan ialah 10% usaha dan 90% sikap
    • Manifestasi sikap adalah pada amalan
    • Guru minda kelas pertama ialah seorang yang:
  • sangat gigih
  • kuat berusaha tanpa jemu
  • tidak mudah putus asa
  • tidak menyalahkan keadaan atau orang
  • tabah dan tegar menghadapi halangan dan rintangan
  • sangat mencintai profesionnya
  • Sentiasa muhasabah diri dan mengkaji diri sendiri
  • Mengamalkan sikap keterbukaan dan telus
  • Tidak cepat membuat kesimpulan dan ‘stereotype’ orang lain
  • Mempunyai kesedaran terhadap pemilikan sendiri (metacognition)
  • Memupuk sikap dan nilai yang betul
  •  Bagaimana menjadi guru minda kelas pertama:
  1. MEMPUNYAI KEMAHIRAN SOSIAL DAN EMOSI YANG TINGGI (SOCIALLY AND EMOTIONALLY SKILLED PERSON)
  • Guru yang mempunyai kemahiran sosial atau emosi yang tinggi akan dilihat sebagai guru yang matang dan yakin dengan diri dan tugasnya.
  1. MANUSIA YANG BERMORAL: MENGHORMATI DAN BERTANGGUNGJAWAB (RESPECTFUL AND RESPONSIBLE MORAL AGENT)
  • Mempunyai akhlak yang tinggi lagi terpuji kerana manusia bermoral dan berakhlak tinggi ialah ukuran sbenar keperibadian manusia.
  • Guru harus:
  • mempunyai ekspeetasi tinggi dan positif terhadap muridnya.
  • berlaku adil terhadap muridnya
  • mengenali setiap murid yang diajarnya dengan mendalam
    • menjaga maruah / harga diri murid
  • Perhubungan antara guru dan murid ialah perhubungan dunia dan akhirat.
  1. MEMPUNYAI DISIPLIN DIRI YANG MANTAP DAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT (SELF DISCIPLINED PERSON WHO PERSUE A HEALTHY LIFESTYLE)
  • Masyarakat dan murid mahukan guru yang boleh dicontohi dan diteladani.
  • Disiplin diri yang mantap merujuk kepada tingkah laku dan tabiat yang baik dan positif yang diamalkan sehingga menjadi guru yang boleh dipercayai, diyakini dan dihormati.
  • Antara sifat yang menunjukkan disiplin diri yang mantap ialah:
  • melaksanakan tugas dengan ikhlas. Keikhlasan dapat dilihat daripada kesungguhan, keterlibatan dan komitmen.
  • memenuhi tuntutan masa . Masa digunakan untuk mengutamakan tuntutan tanggungjawab kerjayanya.
  • berpakaian kemas dan sesuai.
  • sentiasa mempamerkan tingkah laku dan gerak-geri yang bersesuaian
  1. SENTIASA MEMBERI SUMBANGAN DAN PERKHIDMATAN DALAM KOMUNITI SERTA MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI WARGANEGARA (CONTRIBUTING COMMUNITY MEMBER AND DEMOCRATIC CITIZEN)
  •  Guru sering diharapkan dan diyakini sebagai pemimpin.

Guru yang tidak memberi sumbangan dan bakti kepada masyarakat dianggap sebagai mempunyai minda yang mundur dan semangat yang luntur.

  • Sebagai warganegara, guru melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi kerana inilah sumbangan guru kepada negara tumpah darah Malaysia.
  • Patuh pada undang-undang.

 MANUSIA SPIRITUAL YANG MENCIPTA KEHIDUPAN UNTUK MENCAPAI TUJUAN YANG MURNI (SPIRITUAL PERSON ENGAGED IN CRAFTING A LIFE OF NOBLE PURPOSE)

  •      Guru mesti berpegang teguh pada agama
  •      Menjaga perkataan dan lidahnya iaitu tidak memfitnah dan mengumpat sebaliknya berkata yang benar
  •      Bekerja bukan mengharapkan upah dan gaji semata-mata dan tidak bermewah-mewah dalam hidupnya,  sebaliknya ingin keredaan dan keberkatan serta kebahagiaan dan keselamatan hingga ke akhirat.
  1. MEMPUNYAI KEUPAYAAN UNTUK BELAJAR, MENGUBAH TINGKAH LAKU DAN TABIAT SERTA MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARIPADA ILMU BARU (HAS THE ABILITY TO LEARN, NULEARN AND RELEARN)
  • Kesediaan , kesanggupan dan kebolehan untuk berubah pada amalan diri dan profesionaladalah satu “trait” yang sangat penting pada zaman ini.
  • Golongan guru sekolah yang paling konservatif dan paling malang menganggap bahawa mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna.
  • Guru yang baik ialah guru yang mantap dalam disiplin ilmunya, sentiasa mengikut perkembangan terkini dalam dunia dan sanggup berubah sesuai dengan tuntutan professional.
  1. BERKEBOLEHAN UNTUK MENGADUNKAN DAN MENCAMPURKAN PENGETAHUAN TRADISI SERTA PENGETAHUAN KONTEMPORARI (ABLE TO COMBINE TRADITIONAL AND CONTEMPORARY KNOWLEDGE)
  • Sumber ilmu zaman ini puncanya pelbagai.
  • Kemungkinan pelajar adalah lebih pandai daripada guru.
  • Guru minda kelas pertama menjadi jambatan yang menghubungkan ilmu pengetahuan dengan tindakan  manusia. Maka tugas guru ialah membimbing dan membantu murid menggunakan ilmu dan kemahiran mereka dalam membuat keputusan yang wajar dan bijak dalam kehidupan. Guru membantu murid menghubungkan yang dahulu dan yang sekarang dengan yang akan dating agar murid mempunyai perspektif yang betul terhadap persoalan-persoalan kehidupan.
  1. MENYEMAI BENIH-BENIH KEINSAFAN DAN KEMANUSIAAN KE DALAM HATI SANUBARI MURID (PLANT THE SEEDS OF HUMANITY IN THE STUDENTS’ HEARTS)
  • Guru ialah manusia signifikan dan utama dalam kehidupan muridnya yang berpengaruh dalam mencorakkan kelakuan, tabiat, pemikiran serta kehidupan mereka ke arah yang benar-benar .
  • Sifat-sifat keinsanan (rasa keinsafan, perhubungan interpersonal, harga diri, kebebasan) membantu manusia berfungsi dengan baik dan bijaksana dalam kehidupan.
  • Guru perlu menyemai dan memupuk sifat-sifat ini melalui perhubungan dan interaksi dengan muridnya kerana ‘Virtues are caught not tought!’
  1. BERTINDAK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN YANG DINAMIK DAN FASILITATOR ILMU (ACTING AS AN AGENT OF DYNAMIC CHANGE AND FACILITATOR OF KNOWLEDGE)

v Pendidik yang dianggap ejen perubahan dalam masyarakat untuk mengubah masyarakat mesti mengubah cara berfikir dahulu kerana membawa perubahan dalam masyarakat amat sukar dilakukan.

v Guru sebagai ejen perubahan mesti menyebar ilmu yang benar dan sesuai serta menilai yang karut, sesat dan tidak sesuai.

  1. MEMBANTU MURID MENCARI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN-PERSOALAN

KEHIDUPAN YANG KOMPLEKS (HELP STUDENTS FIND ANSWER TO COMPLEX

QUESTIONS)

v Zaman ini, kehidupan menjadi semakin kompleks dan sesak. Manusia menjadi mewah dari segi fizikal, mudah dari segi prasarana kehidupan, namun pada masa yang sama menghadapi kemelut yang parah kerana cenderung memenuhi hawa nafsu semata-mata.

v Peranan guru ialah membantu murid menghadapi dan mencari jawapan kepada persoalan kehidupan yang kompleks dan bercelaru.

Rumusan :

Tugas dan tanggungjawab guru tidak pernah selesai. Usaha untuk mempertingkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran juga tidak akan ada noktah dan penghujungnya.Oleh itu, guru mesti bersiap sedia pada setiap masa untuk melaksanakan tugas pendidikan dengan cara dan kaedah yang terbaik serta berlandaskan integriti, profesionalisme dan akauntabiliti.

sumber : http://www.jpnperlis.gov.my

https://i2.wp.com/islam.makcdn.com/image21690_500_361/500X361.jpg

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.

1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

(Sumber : http://www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

14.  Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15.  Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16.  Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

17.  Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18.  Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19.  Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20.  Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, anda perlu:
a) Ingat 10% apa yang dibaca
b) Ingat 20% apa yang didengar
c) Ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
d)Ingat 70% apa yang dicakapkan
e) Ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

3. Belajar dalam persekitaran kondusif –

a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) jangan lupa untuk senyum

4. Mengulangkaji menggunakan kaedah “output learning” iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku  atau nota, ingat kembali, lakar atau  tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

6. Amalkan Teknik FOKUS –

a) Masukkan maklumat dalan memori
b) Simpan maklumat dalam sel memori
c) Ingat kembali
d) Gunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain

7. Amalkan Teknik Membaca secara Berkesan –

a) Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul
b) Beri tumpuan sepenuhnya
c) Gunakan jari telunjuk untuk membaca
d) Sesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

8. Amalkan Teknik Mengulang Kaji –

a) Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar sebab manusia mudah lupa 80% apa yang dipelajari.
b) Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan

Oleh : Ramli Abdul Samad

Pengkaji astronomi yakin bahawa alam semesta atau cakerawala terbentuk sekitar 13.7 bilion tahun yang lalu. Bermula dari satu titik sebesar sebiji zarah neutron dan melalui satu letupan besar yang digelar Big Bang maka terbinalah sebuah alam semesta yang amat luas seperti yang kita ketahui kini.

Semasa letupan Big Bang salah satu aktiviti atau proses letupan itu ialah wujudnya gelombang cahaya yang terus berkembang. Semakin lama sehingga lebih dari 300,000 tahun gelombang cahaya itu bertukar menjadi gelombang radio.

Gelombang cahaya itu dikenali sebagai radiasi latar belakang kosmik atau CMB (Cosmic Background Radiation) atau dalam bahasa yang mudah ia merupakan saki-baki gema daripada Big Bang.

Radiasi itu terbentuk saat cakerawala mula mendingin. Saat terjadi Big Bang radiasi dan bahan lain daripada cakerawala adalah bersatu. Ketika itu suhu alam semesta amat panas.

Manusia mengkaji alam semesta berdasarkan kaitan peninggalan gelombang cahaya ini dengan kejadian Big Bang.

Pada tahun 1965 dua orang saintis, Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui bahan CMB ini. Mereka mendapat Hadiah Nobel bagi penemuan mereka dalam bidang fizik bagi tahun 1978.

Namun penemuan CMB itu harus dibuktikan.

Maka satu pemantauan harus dijalankan. Dua orang saintis Amerika Syarikat (AS) John C. Mather dan George F. Smoot telah melakukan pemantaun akan CMB ini melalui sebuah satelit bernama COBE (Cosmic Background Explorer), ciptaan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).

Mather (60) ialah seorang astrofizik kanan di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard, Maryland milik NASA sementara Smoot (61) ialah seorang Profesor Fizik di Lawrence Berkeley National Laboratory, University of California. COBE dilancarkan ke langit pada tahun 1989.

Satelit COBE diguna untuk mencatat suhu CMB.

Didapati suhu CMB adala sekitar 2.725 Celsius sedikit tinggi daripada titik suhu mutlak iaitu -273 derajat Celsius. Mather mendapati bahawa profil suhu CMB mengikut satu arah aliran tenaga yang disebut sebagai lengkungan benda hitam dan hakikat itu digunakan untuk meramal teori Big Bang.

Smoot pula mendapati adanya fenomena naik turun pada suhu CMB. Penyimpangan atau naik turun CMB adalah kerana terbentuknya bibit-bibit galaksi yang juga merupakan struktur awal cakerawala. Galaksi terbentuk daripada gumpalan gas yang amat panas.

Penyimpangan suhu CMB diguna untuk menganalisis gejala jisim hitam dan tenaga hitam, dua komponen terbesar yang mengisi cakerawala.

Profil CMB dapat digunakan bagi menjelas proses Big Bang dan pemahaman akan alam semesta. Alam semesta bukannya suatu susunan bahan atau tenaga yang merata sebaliknya ia adalah terdiri daripada bahan-bahan yang bergumpal-gumpal.

Kewujudan CMB membolehkan para ilmuwan memperhitungkan perkembangan alam semesta. Alam semesta kini dipercayai terus berkembang dan melebar pada kadar yang cepat.

Mather dan Smoot ialah pemimpin bagi lebih daripada 1,000 saintis, jurutera dan juruteknik yang membina CBM sehingga satelit itu dilancarkan pada tahun 1989. Smoot dan Mather telah dipilih untuk meraih Hadiah Nobel bernilai 10 juta kronor Sweden atau RM5 juta.

Dalam ucapan penghargaan Akademi Sains Diraja Sweden kepada kedua-dua saintis itu menyatakan bahawa “Hasil kajian COBE meningkatkan dukungan penjelasan saintifik terhadap senario Big Bang yang memerihalkan asal usul cakerawala. Senario itu saja yang meramalkan radiasi latar belakang kosmik. COBE telah mengukur gelombang radiasi itu.”

Seorang ilmuwan astronomi, Michael Turner, dari University Chicago, mengatakan bahawa pengukuran-pengukuran yang dibuat oleh COBE akan mengiringi dunia kosmologi ke era ketetapan kosmologi. Pemberian Hadiah Nobel kepada Mather dam Smoot dalam bidang fizik/astronomi merupakan yang pertama dan banyak lagi akan digondol kerana penemuan-penemuan baru dalam bidang kosmologi.

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur’an
dalam ayat berikut :
 

” Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. “

(Surat al-An’aam:101)

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1400 tahun lalu.

sumber : http://www.harunyahya.com/

>>>BiLa HaTi BeRbiCaRa~~~

Posted: March 26, 2012 in Uncategorized

Assalamualaikum..tersenyum sekali lagi sambil merenung jauh ke langit~~~~

sedang otak berfikir..misteri alam semesta dapat dirungkai satu persatu.

*************************************************************************

~12 misteri alam semesta paling popular~

Di alam semesta ini banyak misteri-misteri yang tidak dapat diungkapkan kebenarannya.Berikut merupakan misteri-misteri yang paling popular :

1. Si Merah dari Antartika

Jika mendengar perkataan air terjun, kita pasti akan membayangkan suatu tempat yang sejuk dengan percikan air yang indah. Tapi bagaimana kalau mendengar perkataan air terjun darah? Pasti ngeri sekali. Air terjun darah benar-benar terdapat di  Antartika dengan daratan  yang dilapisi oleh ais. Air terjun tersebut mengalirkan air yang berwarna merah secara berterusan tanpa henti. Saat pertama kali ditemukan oleh seorang ahli geologi pada tahun 1911, warna merah yang mengalir secara perlahan-lahan tersebut dianggap berasal dari ganggang merah. Anggapan lain mengatakan bahawa warna merah tersebut berasal dari gletser yang mendap di bawah aliran air selama jutaan tahun dan mengandung mikrob-mikrob kuno yang terisolasi di bawah lapisan ais yang sangat tebal. Hal ini berlaku kerana tiada cahaya panas dan oksigen yang menyebabkan salinitasi yang tinggi dan mengandungi zat besi. Maka, dari zat besi itulah warna merah dihasilkan. Dengan adanya celah gletser, air keluar membentuk air terjun tanpa mencemari ekosistem di dalamnya.

sumber dr : http://aris12.blogdetik.com/2010/08/27/12-misteri-alam-semesta-terpopuler/

ps:nantikan sambungan!!..M.A.L.A.S daaaaaaaaaaaaaa…toing2!